Selasa, 25 Mei 2010

Tanpa Kaki, Tanpa Tangan, Tanpa Kerisauan, Mamat Ini Inspirasi Buat Kami


Sebaiknya hidup ini diisi dengan pengalaman-pengalaman yang bermakna.
Dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya.
;-)

Jiwa Cair, Minda Mengalir #1

Rumi,


"Kesalahan terletak pada pihak yang menuduh. Jiwa melihat tanpa ada yang perlu dikritik."


_________________________________________________________________________________


"The fault is in the one who blames. Spirit sees nothing to criticize."


Tercatat dalam Rumi Wisdom: Daily Teachings from the Great Sufi Master (2000) oleh Timothy Freke.


Sumber: Wikiquote.

Jumaat, 21 Mei 2010

P.S. : Tak Perlu Serius Sangat





Sesekali, RPS elok buat macam ni kot? Buat hilangkan duka di kala tepu. ;-)

Khamis, 20 Mei 2010

Lagi Misteri Seputar Parti Abang Burger - Kostum Tanpa Lengan?

"Sekali aku debik, baru kau tahu," mungkin itu kata hati Datuk.


Salah seorang bakal aktor Parti Abang Burger sebelum ini menyuarakan angan-angan untuk mengenakan kostum baju tanpa lengan ala jersi pasukan badminton Cawan Thomas Malaysia sewaktu menentang Jepun pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Perhatikan urat dan otot lengan yang sengaja dipamerkan oleh Lin Dan (bukan pemain Malaysia) selaku pelopor pemakaian jersi tanpa lengan


Namun, setelah mengkaji beberapa sudut, bakal aktor tersebut telah membatalkan suara angan-angannya yang keji itu. Antaranya, faktor utama kekalahan Malaysia pada perlawanan tersebut adalah akibat lunturnya keyakinan seluruh pasukan ketika bertarung sambil memakai jersi tanpa lengan.

Pemakaian jersi tanpa lengan akhirnya terbukti memainkan peranan penting dalam turun naiknya keyakinan si pemakai. Contohnya, beberapa bahagian tubuh sekitar bawah pangkal lengan akan terdedah terutamanya ketika memukul bulu tangkis yang hadir tinggi.

Bawah pangkal lengan kalau cantik, sedap juga dipandang-pandang. Tetapi, kalau permukaannya pun lebam, pisau cukur pula tidak kunjung tiba, seeloknya pemakaian lebih senonoh patut menjadi pilihan utama.

Kata hikmahnya yang sesuai di sini, aib sendiri janganlah dibuka di khalayak ramai. Kelak kalah, sebutannya tak sudah.

Datuk sesama Datuk

Na'udzubillah, alang-alang menyeluk pekasam, pangkal lengan pun jadi masam. Kita sambung lagi pada misteri seterusnya, kalau ada.

Khamis, 13 Mei 2010

10 Misteri Seputar Pra-Produksi Parti Abang Burger (disunting pagi ini, sementara menunggu pintu bank dibuka)

1. Sesi latihan bagi para aktor Parti Abang Burger karya/arahan Faisal Tehrani dirancang untuk bermula sekitar minggu hadapan. Minggu bila itu belum pasti, yang pastinya minggu-minggu yang akan datang.


2. Pementasan yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini akan menampilkan barisan (bukan bulatan atau pakatan) pelakon baharu. Farid Kamil dan juga Kaza dijangka tiada dalam senarai.


3. Lokasi pementasan masih menjadi misteri dan masih terbuka untuk tempahan kepada mana-mana pihak yang sudi. Sudah berpuluh mesyuarat misteri diadakan namun masih gagal menemui lokasi yang tepat.


4. Resepi burger yang bakal dihidangkan juga masih belum didedahkan kepada kami, yang pasti bukan resepi McDonald's, Burger King atau Otai Burger.


5. Beberapa penampilan khas yang masih misteri sedang dirancang sebagai salah satu strategi memancing undi daripada lebih ramai penonton dari pelbagai lapisan masyarakat. Salah satunya mungkin pertunjukan silap mata atau menarik teh pudina paling tinggi.


6. Parti yang dimaksudkan bukanlah parti Tupperware atau mana-mana parti kekuasaan yang sewaktu dengannya. Kami mewakili parti yang sering dipersalahkan.


7. Bukan sahaja lokasi pementasan masih menjadi rahsia, malah lokasi latihan untuk para aktor juga masih belum diketahui.


8. Parti Abang Burger bukanlah sekuel kepada Kopitiam Ghadir sebaliknya adalah prekuel kepada sebuah filem ekstravaganza, mungkin elok dibiarkan misteri ini menghantui buat beberapa ketika sebelum didedahkan kepada umum.


9. Masih tiada aktres yang bakal ditampilkan. (Ini pun misteri ke?)


10. Bukan muzikal.


Apa-apa pun, segalanya masih lagi mungkin. Sekian sahaja misteri kita pada kali ini.

Apa kejadahnya Taqwacore?


Sesuatu yang mungkin unik dan baik, apabila dikongsi mungkin akan jadi lebih baik. Klik pautan-pautan di bawah dan selamat menghadam.

http://www.taqwacore.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Taqwacores
http://en.wikipedia.org/wiki/Taqwacore