Jumaat, 21 Mei 2010
P.S. : Tak Perlu Serius Sangat
Sesekali, RPS elok buat macam ni kot? Buat hilangkan duka di kala tepu. ;-)
Khamis, 20 Mei 2010
Lagi Misteri Seputar Parti Abang Burger - Kostum Tanpa Lengan?
"Sekali aku debik, baru kau tahu," mungkin itu kata hati Datuk.
Salah seorang bakal aktor Parti Abang Burger sebelum ini menyuarakan angan-angan untuk mengenakan kostum baju tanpa lengan ala jersi pasukan badminton Cawan Thomas Malaysia sewaktu menentang Jepun pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.
Perhatikan urat dan otot lengan yang sengaja dipamerkan oleh Lin Dan (bukan pemain Malaysia) selaku pelopor pemakaian jersi tanpa lengan
Namun, setelah mengkaji beberapa sudut, bakal aktor tersebut telah membatalkan suara angan-angannya yang keji itu. Antaranya, faktor utama kekalahan Malaysia pada perlawanan tersebut adalah akibat lunturnya keyakinan seluruh pasukan ketika bertarung sambil memakai jersi tanpa lengan.
Pemakaian jersi tanpa lengan akhirnya terbukti memainkan peranan penting dalam turun naiknya keyakinan si pemakai. Contohnya, beberapa bahagian tubuh sekitar bawah pangkal lengan akan terdedah terutamanya ketika memukul bulu tangkis yang hadir tinggi.
Bawah pangkal lengan kalau cantik, sedap juga dipandang-pandang. Tetapi, kalau permukaannya pun lebam, pisau cukur pula tidak kunjung tiba, seeloknya pemakaian lebih senonoh patut menjadi pilihan utama.
Kata hikmahnya yang sesuai di sini, aib sendiri janganlah dibuka di khalayak ramai. Kelak kalah, sebutannya tak sudah.
Datuk sesama Datuk
Na'udzubillah, alang-alang menyeluk pekasam, pangkal lengan pun jadi masam. Kita sambung lagi pada misteri seterusnya, kalau ada.
Khamis, 13 Mei 2010
10 Misteri Seputar Pra-Produksi Parti Abang Burger (disunting pagi ini, sementara menunggu pintu bank dibuka)
1. Sesi latihan bagi para aktor Parti Abang Burger karya/arahan Faisal Tehrani dirancang untuk bermula sekitar minggu hadapan. Minggu bila itu belum pasti, yang pastinya minggu-minggu yang akan datang.
2. Pementasan yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini akan menampilkan barisan (bukan bulatan atau pakatan) pelakon baharu. Farid Kamil dan juga Kaza dijangka tiada dalam senarai.
3. Lokasi pementasan masih menjadi misteri dan masih terbuka untuk tempahan kepada mana-mana pihak yang sudi. Sudah berpuluh mesyuarat misteri diadakan namun masih gagal menemui lokasi yang tepat.
4. Resepi burger yang bakal dihidangkan juga masih belum didedahkan kepada kami, yang pasti bukan resepi McDonald's, Burger King atau Otai Burger.
5. Beberapa penampilan khas yang masih misteri sedang dirancang sebagai salah satu strategi memancing undi daripada lebih ramai penonton dari pelbagai lapisan masyarakat. Salah satunya mungkin pertunjukan silap mata atau menarik teh pudina paling tinggi.
6. Parti yang dimaksudkan bukanlah parti Tupperware atau mana-mana parti kekuasaan yang sewaktu dengannya. Kami mewakili parti yang sering dipersalahkan.
7. Bukan sahaja lokasi pementasan masih menjadi rahsia, malah lokasi latihan untuk para aktor juga masih belum diketahui.
8. Parti Abang Burger bukanlah sekuel kepada Kopitiam Ghadir sebaliknya adalah prekuel kepada sebuah filem ekstravaganza, mungkin elok dibiarkan misteri ini menghantui buat beberapa ketika sebelum didedahkan kepada umum.
9. Masih tiada aktres yang bakal ditampilkan. (Ini pun misteri ke?)
10. Bukan muzikal.
Apa-apa pun, segalanya masih lagi mungkin. Sekian sahaja misteri kita pada kali ini.

Apa kejadahnya Taqwacore?
Sesuatu yang mungkin unik dan baik, apabila dikongsi mungkin akan jadi lebih baik. Klik pautan-pautan di bawah dan selamat menghadam.
http://www.taqwacore.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Taqwacores
http://en.wikipedia.org/wiki/Taqwacore
Isnin, 5 April 2010
Promosi: Pakej Istimewa Ingin Jadi Nasrallah
![]() |
| Cakera padat single sulung RPS - Keutamaan Selawat |
Single RPS berjudul Keutamaan Selawat
kini boleh didapati apabila
anda membuat tempahan pembelian
buku kumpulan puisi sulung oleh Faisal Tehrani - Ingin Jadi Nasrallah.
![]() |
| Baju-t IJN cetakan terhad dilancarkan di gerai buku Ameen Books ketika PBAKL 2010 |
Mereka yang ingin membuat tempahan pakej istimewa ini - termasuk
Kumpulan puisi 'Ingin Jadi Nasrallah', baju-t 'Ingin Jadi Nasrallah' dan single RPS
dengan harga RM60 (Pos laju: RM80),
sila emelkan tempahan saudara dengan nama, nombor telefon bimbit, dan alamat lengkap kepada chefhisyam@gmail.com
Tulis pada subjek emel: PAKEJ IJN.
Harga termasuk baju-t Ingin Jadi Nasrallah.
Sokonglah industri seni dan sastera tempatan, rebutlah hasil yang tulen dan asli!
SOLAWAT!
Selasa, 30 Mac 2010
Rabu, 10 Februari 2010
Malam Jalinan Mahasiswa Universiti Malaya 06/02/10

Tempat : Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Tarikh : 06/02/10
Waktu : 9.30 malam
Acara : Malam Jalinan Mahasiswa, anjuran oleh Kelab Perpaduan & Perhubungan Kaum Universiti
Malaya
Konsep : Akustik/ Indie/ Islamik
Pengendali : Cik Nurdiyana Abdul Rahman serta rakan-rakan
* Grup-grup lain terlibat selain RPS adalah Algebra, Rosin & Couple
Isnin, 1 Februari 2010
Persembahan RPS di Majlis Makan Malam Masterplan Consulting & Kementerian Pertahanan Malaysia

Tarikh : 30 Januari 2010
Waktu : 8.45 malam
Acara : Majlis Makan Malam Tahunan Syarikat Masterplan Consulting & Kementerian Pertahanan Malaysia
Tetamu Kehormat : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan Malaysia), Tan Sri Robert Phang, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya @ SPR), Tuan Haji Ahmad Faris Abdul Halim, Yang Mulia Raja Azlina Raja Abdul Jalil, ahli-ahli keluarga Al-Hilmi dan lain-lain.
Lawatan kerja tidak rasmi ke Singapura & teater arahan Gene Sha Rudyn
Menyerahkan CD Single RPS sebagai cenderahati
Hilmi bersama Gene Sha Rudyn merakam kenangan bersama
Pada 28/01/10, Hilmi selaku wakil RPS telah pergi menghadiri sebuah pementasan teater yang diarahkan dan ditangani oleh seorang penggiat seni teater yang di terkenal di Singapura iaitu Gene Sha Rudyn.
Teater tersebut yang berjudul 'Al-Ikhlas (Sincerity) - A Monologue in Seven Acts of Re-introducing God' telah dipentaskan di Masjid Abdul Gafoor, Dunlop St., Singapura.
Secara kebetulan, RPS juga merancang satu lawatan kerja tidak rasmi ke Singapura untuk tujuan promosi dan Hilmi secara sukarelanya telah mengembara seorang diri merentasi sempadan untuk menyempurnakan kedua-dua tujuan tersebut, promosi RPS sambil melayan jemputan menonton teater.
Sila ke laman web ini http://mhisham.org/?p=652 untuk mengetahui rebiu mengenai pementasan teater tersebut.
Selasa, 19 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)