Khamis, 12 Ogos 2010

Happy Ramadhan!

Ingatlah pesan besar sang Nabi
Dicincang tak putus hingga al-Mahdi

Kini Ramadhan menjenguk lagi
Membawa sinar dan janji Ilahi


Besar makna, besarlah erti
Buat pendamai gusar di hati


Malam al-Qadar saling dinanti
Ada yang masih tercari-cari


Apakah mungkin bakal ditemui
Bangkitlah sahaja di malam hari


Jika tertinggal sangatlah rugi
Hayat berlalu takkan kembali



Nukilan: Amr Hmzh Abd Khr
pada Malam 1 Ramadhan 1431H