Ahad, 16 Januari 2011

MATAM BERDARAH DI JALAN RAYA BAHAYA DAN MENGERIKAN? LIHAT FOTO-FOTO INI!!!

Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad...


Mana satukah perlakuan yang jauh lebih bahaya lagi mengerikan,
malah lebih berpotensi untuk mengancam keselamatan negara?

A) Matam berdarah semasa perarakan keagamaan ala sesetengah kelompok syiah,
(umumnya dilihat sebagai ekstrem kerana mencederakan dan menumpahkan darah sendiri dengan senjata tajam jarak dekat seperti pedang atau pisau)

atau...

B) Pengeboman berani mati di tempat-tempat awam???
(umumnya berlaku dengan niat untuk membunuh dan menumpahkan darah manusia lain yang dianggap sebagai musuh dan tidak sefahaman, tidak kira sesama Islam mahupun bukan, kebanyakannya berlaku di tempat-tempat awam atau majlis keramaian/keagamaan pihak yang dianggap sebagai lawan)

Beberapa orang dengan pakaian jubah putih ala Klu Klux Klan
memakai talipinggang terselit bom berani mati

Anak kecil di atas diasuh dengan kebiasaan memakai replika bom peletup diri,
setitis darah pun tidak kelihatan, tetapi bayangkan apa berlaku
pada masa depan anak kecil ini nanti
Sekali lagi, jubah ala Klu Klux Klan, cuma slogannya
kelihatan seolah-olah mereka ini mewakili Islam
Wanita adalah antara mangsa selain kanak-kanak yang
sering diperalatkan untuk menjadi pengebom berani mati
Foto sekitar tapak berlakunya pengeboman berani mati oleh
pihak pengganas yang menyamar sebagai sunni di Iraq

Serpihan anggota badan si pengebom berani mati
Sekali lagi, pengebom berani mati berpakaian ala Klu Klux Klan
tapi menyalahgunakan slogan ala Islam
Mengelirukan, mereka menunjukkan isyarat dua jari tanda keamanan tetapi
di pinggang mereka terselit bom yang sedia untuk diletupkan!
Foto peristiwa pengeboman berani mati yang berlaku di Iraq
Antara mangsa yang terkorban, al-Fatihah
Wanita ini adalah seorang ibu dengan dua anak,
telah meletupkan dirinya di tempat awam
Wanita ini berjaya ditangkap dan ditahan bersama suaminya
sebelum sempat melancarkan serangan
Serpihan badan penyerang berani mati
Lagi serpihan anggota badan mangsa serangan
Mengerikan!
Kebanyakan mangsa yang terpedaya lalu diperalatkan menjadi pengebom berani mati adalah
wanita dan kanak-kanak
Lagi perarakan tanpa setitis darah pun tetapi
saksikan replika bom yang tersemat di pinggang mereka
Peristiwa pengeboman berani mati Arwah Benazir Bhutto
Ini pula serangan bom kereta yang meletup di Bali
Antara suspek yang terlibat dalam merancang
serangan di Bali
Wajah-wajah perancang di sebalik pengeboman di lokasi awam di Bali

Sumber tentang dari mana datangnya mangsa yang sering diperalatkan untuk tujuan serangan bom berani mati, klik pautan di bawah ini:





Sabtu, 1 Januari 2011

2011: Tahun & Dekad Masehi Yang Baharu




Selangkah di tahun Masehi yang baharu,
dekad Masehi juga baharu
Apa lagi yang kalian mahu?

Binaan pencakar tinggi melangit
Emas & kertas jutaan ringgit
Pangkat permata & juga berlian
Silakan, rebutlah duhai kalian
Kami rela berlepas tangan

Kitab Ilahi kalian dustakan
Serakah mentafsir dan menterjemahkan
Inikan pula rayuan kami dalam kerinduan
Madah cinta yang kami dendangkan
Menjadi bahan sindiran kalian
Demi kepentingan yang menyempitkan

Datangkanlah walau emas & kertas ringgit
Barang selori dua tiga atau lima berapa sahaja
Indah duniawi yang kalian bawa
Tiada akan kami pedulikan
Bukanlah itu pengubat segala kepiluan

Demi haknya kesucian Muhammad wa aali Muhammad
Silakan pamer kuasa kalian di bumi Allah SWT ini
jika kalian benar mahu & mampu

Jasad dan tubuh kami
silakan kalian perlakukan apa sahaja
jika kalian benar mahu & mampu

Kaki dan tangan kami
silakan kalian rantai dan pasung dari terus berdiri dan memegang pena
jika kalian benar mahu & mampu

Bibir dan lidah kami
silakan kalian koyak jangan berbunyi
jika kalian benar mahu & mampu

Telinga dan hidung kami
silakan kalian robek jangan lagi mendengar dan menghidu
jika kalian benar mahu & mampu

Jikalau itu yang kalian fikirkan
Jikalau itu adalah jihad yang kalian kejarkan
Dipersilakan
jika kalian mungkin berasa lebih berkuasa daripada Tuhan

Mungkin sahaja kita ini berlainan
Penyatuan bagai mimpi tak berkesudahan
Saksikanlah di saat pengakhiran nanti
Di mana kami berdiri?
Lalu ke mana pula kalian berlari pergi?

nukilan: Amir RPS
1 Januari 2011 M
25 Muharram 1432 H

Dedikasi khas : Surah al-'Asr beserta Terjemahan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

وَالْعَصْرِ
(1) Demi masa.

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَات
 وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ 
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
(3) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh,
dan mereka saling menasihati supaya mentaati kebenaran
serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran.