Selasa, 6 Julai 2010

Tamatlah sudah opera Kopitiam Ghadir 2010

"Karya yang sulit tetapi bernas (bukan syarikat beras nasional)"
- Dato' A. Samad Said

- Rebecca Ilham

"walaupun tidak berbajet tinggi, tiada kusyen empuk ala Panggung Sari dan tiada pentas bergerak, ianya penuh dengan ilmu dan seperti kata-kata Faisal Tehrani, “Kopitiam Ghadir kami hadirkan sekali lagi buat mereka yang tidak memusuhi ilmu."



Terima kasih kepada semua hadirin & hadirat yang sudi mampir ke kopitiam kecil kami yang terpencil dan tak ramai penghuninya itu tempohari.

Setiap respon baik atau sebaliknya akan kami perhalusi dan perbaiki di masa hadapan.

Insya-Allah, kita coffee-talk lagi di masa dan acara yang lain pula.

Jangan lupa berselawat penuh.

Allahumma solli 'ala Muhammad,
wa ali Muhammad.

4 ulasan:

  1. Izinkan saya mengulas pandangan Becky Ilham di sini kerana nampaknya beliau tidak menerbitkan komen saya di blog beliau (setakat pukul 9.37am 7 Julai 2010).

    Saya jarang menjawab kritikan terhadap karya saya. Tetapi kali ini saya rasa penuh tanggungjawab untuk membetulkan keterpesongan kritikan saudara Becky.

    Mengapakah Kopitiam Ghadir 'onesided'? dan tidak doublesided?

    1. Kerana, saya hanya menggali dari sumber ahlus sunnah wal jamaah SAHAJA. Iaitu Sunan Tirmidzi dan Musnad Imam Ahmad. Jika saudara mencari dalam kitab-kitab hadis sunni yang lain apakah ada sebarang hadis yang diriwayatkan oleh keluarga Rasulullah saw tentang baginda Nabi Muhammad, kita hampir tidak menemui apa-apa pun. Kitab-kitab hadis besar 'kita' (ya saya sunni) one sided terhadap ahlul bait.

    Tahukah sdr dalam beribu-ribu hadis sahih yang dihimpun Imam Bukhari dan Muslim, jumlah hadis yang diambil daripada Sayyidah Fatimah Zahra oleh beliau tidak sampai sepuluh buah pun. Saya tidak dapat membina kes double sided dalam Kopitiam Ghadir kerana sumber saya sendiri (iaitu kitab hadis sunni) sudah memang one sided.

    2. Nah, jika saya memang ingin melakukan double sided discourse menerusi Kopitiam Ghadir saya akan terpaksa merujuk kita-kitab hadis syiah. Saya merujuk kitab sunni pun orang kata saya syiah, kalau saya merujuk kitab hadis syiah untuk bina wacana double sided agak-agaknya bagaimana?

    3. Tok Malaya adalah protaip ustaz wahabi yang amat membenci ahlul bait. Ia bukan citra ustaz sunni. Dan itulah wahabi, ia memang one sided terhadap keluarga Rasulullah saw!

    Terima kasih kerana menonton, sdr unconvinced, itu memadai buat saya, dan jika sdr hungry for more - cabaran saya buat sdr Becky - walaupun ia bukan bidang sdr, sdr mesti menggali sendiri. Jangan dengar kata orang. Di telaga haudh nanti sdr tidak boleh menemui Rasulullah saw untuk mendapatkan syafaatnya dengan alasan 'saya tidak menggali itrah nabi' kerana bidang saya bukan hadis tetapi sekadar cari gali!

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. 1st time saya tonton teater. Itu pun bos saya yg pelawa beberapa org staff termasuk saya utk ikut dia. Saya suka pengisian yang disampaikan dalam Kopitiam Ghadir. Tak mengecewakan =)

    BalasPadam
  3. Terima kasih Hayad298! Akan datang,jangan lupa datang lagi ya :-)

    BalasPadam