Semalam (24 Ramadan 1431H), berakhir sudah teka-teki bilakah masanya aktres drama TV Aida Aris akan menamatkan zaman bujangnya. Saya (Hilmi RPS) dan keluarga telah dijemput ke majlis persandingannya. Apa yang menarik, yang susah dibuat oleh orang lain adalah majlis menjamu selera disinkronisasikan sekali dengan majlis berbuka puasa (menarik!). Secara kebetulan, pasangan Kak Aida adalah Abg Farid yang juga merupakan bekas rakan sekerja semasa saya bekerja di syarikat penerbangan dahulu. Resepsi yang sederhana, juadah masakan lauk-pauk kampung yang sangat lazat. Barisan artis (kebanyakan pelakon drama & filem tempatan) yang rapat sahaja dijemput. Malam persandingan yang diiringi rintik-rintik air hujan yang membasahi bumi Kuala Lumpur menandakan keberkatan kepada pasangan yang memang secocok ini.
Tahniah Kak Aida & Abg Farid! Selamat berbulan madu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan