Jumaat, 3 September 2010

Majlis Berbuka Puasa EON & Reza Mohamed meraikan Anak-Anak Yatim Rumah Lindungan Kasih Negeri Sembilan

Persembahan oleh Anak-Anak Yatim Rumah Lindungan Kasih
RPS & Yazer AF
Bergambar kenangan bersama-sama anak-anak yatim, Dato' Nik Hamdan (Group Director of Automotive Services DRB-Hicom), Reza Mohamed @ Reza AF, RPS, Yazer & Roslan Shah
Yazer AF
RPS - Iswan Isa (baju merah) & Syawal (baju hijau)
RPS - Hadhari (baju hijau) & Iskandar (baju merah jambu)
Temuramah Roslan Shah & RPS
Temuramah Roslan Shah & RPS II

Semalam kami dijemput untuk memeriahkan suasana Majlis Berbuka Puasa EON & Reza Mohamed (pengacara rancangan TV - Kata Kau!) bagi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Lindungan Kasih Negeri Sembilan. Artis-artis yang dijemput selain kami (RPS) adalah Yazer AF & Roslan Shah yang bertindak sebagai pengacara yang berceloteh tanpa henti sepanjang masa. Sangat meriah! RPS pada hari semalam dianggotai oleh Iswan Isa & dibantu oleh para aktivis-aktivis separuh masa kami iaitu Hadhari, Iskandar & Syawal. Mereka bertiga bersama Iswan Isa adalah rakan sekampus di UiTM Shah Alam. Di dalam masa yang sama juga, ketiga-tiga mereka mempunyai kumpulan nasyid mereka tersendiri bernama SKILAS. Klik sini untuk mengikuti perkembangan mereka.

Sebenarnya kami agak sibuk di dalam bulan Ramadhan ini memenuhi jemputan iftar & undangan nyanyian di beberapa tempat seperti di Muzium Telekom KL pada pagi 17 Ogos - Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan oleh Puspanita Meraikan Anak-Anak Yatim yang dirasmikan oleh isteri kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Puan Sri Norainee Abd Rahman serta Menara KL pada 26 Ogos - Majlis Jom Berbuka Puasa Bersama Reza Mohamed @ Menara KL Meraikan Anak-Anak Yatim.

Jumpa lagi! Minal 'Aidin Wal Fa'izin. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dari kami & semua anggota keluarga RPS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan