Selasa, 28 Disember 2010

Trend Carian Atas Talian Paling Bergaya Masa Kini - Suatu Pemantauan

Sejak sekitar detik 10.30malam pada tarikh 15 Disember 2010 bersamaan 9 atau 10 Muharram 1432H yang lalu, menurut sumber tidak rasmi, jumlah carian atas talian di Google dan Youtube serta Facebook yang mengandungi dengan perkataan "syiah", "melayu" dan "gombak" telah melambung sangat tinggi.

"Tinggi sangat, gayat mak dibuatnya, nok!" ujar si Jambu kepada Ass-ry. Petikan sekadar hiasan.


Sebelum ini perkataan "syiah", "melayu" dan "gombak" hanya dilihat hangat berlegar di beberapa blog atau forum yang bersifat pro & anti terhadap ketiga-tiga perkataan tersebut.

Kepada yang pro, mereka tetap kelihatan tenang, tidaklah teruja atau terkujat apa-apa sangat. Ketiga-tiga perkataan itu hanya simbolisme di atas skrin monitor, bagi mereka di sebaliknya ada sesuatu yang lebih besar wajar diperhalusi. Itulah kunci ketenangan mereka.

Kepada yang anti, mereka ini ibarat kera mendapat bunga. Sangat teruja dan sangat terkujat setiap kali berhadapan dengan tiga perkataan tersebut. Seperti dirasuk oleh Hantu Kak Limah pun ada.

Walaubagaimanapun, entah apa gerangan gegak gempita di alam ini, kini bagaikan seluruh makhluk alam maya di nusantara (mungkin di seluruh dunia & alam akhirat) agak sakan memperzikirkan 3 perkataan tersebut secara diam atau tidak. Pro atau anti bagai tiada makna apa-apa lagi.

Apa yang dizikirkan itu pun terpulanglah kepada kecenderungan masing-masing. Buah hasil zikiran mereka itu mungkin akan tiba tidak lama lagi, insya-Allah.

Hasil pemantauan kami, pencarian ke atas 3 perkataan tersebut iaitu "syiah", "melayu" dan "gombak" juga telah berjaya menggolongkan sejumlah makhluk non-maksumin kepada beberapa kategori. 


Selain "syiah", "melayu" dan "Gombak", carian ke atas perkataan Arab yang bermaksud kerugian iaitu "khusrin" juga melambung jauh lebih tinggi. Besar kemungkinan jika kesan lambungannya tidak dikawal, ia akan tersangkut di langit merah yang menitiskan airmata darah. Ya Rabb al-'Alamin, lindungilah kami dari mengalami kerugian yang dahsyat sedemikian rupa.


Kembali kepada kategori makhluk non-maksumin yang dibincangkan tadi.


Ada kategori makhluk yang menggigil tangannya seperti baru terima surat isytihar bankrap dari Bank Dunia apabila terbaca sesuatu yang berkaitan 3 perkataan keramat tersebut. Akibat terlalu menggigil ketakutan akibat rugi, mereka bercakap merapu sakan dan ada juga yang menekan-nekan punat papan kekunci macam orang hilang akal dan tiada maruah. Kita gelarkan mereka ini sebagai Golongan Yang Kerugian atau Bankrap 90 Marhalah.


Ada pula golongan lain yang dilihat seakan mampu dan juga mahu menyerap segenap lapisan hikmah serta sinar tersembunyi di sebalik 3 perkataan tersebut. Mereka ini ibarat rela ditawan oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat di mata kasar atau ghaib. Kita gelarkan golongan yang lain ini sebagai Golongan Yang Rela Ditawan.


Selain kedua golongan tersebut, kununnya ada juga para agamawan politikus dan hartawan kecil kerdil yang juga sebenarnya telah berjaya ditawan jiwa mereka itu tetapi masih sibuk memusyawarahkan apakah mahu diserap lapisan hikmah itu ataupun elok ditimbus dinafi dan dipulaukan jauh ke tengah. Golongan ketiga yang gian mahu menyelaras dan suka memeningkan kepala secara berkumpulan ini kita gelarkan sebagai Golongan Perasan Hartawan Yang Ditawan.

Kategori keempat mungkin yang paling ramai. Golongan ini hidup mereka hanya sibuk memenuhi naluri kemanusiaan biasa yang jika diperhalusi tiadalah bezanya dengan naluri kehaiwanan. Jika lapar, mereka akan makan. Jika haus, mereka akan minum. Jika bosan, mereka akan membosankan orang lain. Jika bodoh, mereka akan memperbodohkan orang lain. Jika bijak, mereka hanya mahu bijak sendirian berhad macam haiwan ujikaji yang tak mampu mengecapi nikmat berkongsi. Maka golongan keempat ini sesuai digelarkan sebagai Golongan Perasan Haiwan.

Kini kita sudah ada 4 perkataan keramat yang giat menjadi carian hangat di atas talian. "Syiah", "melayu", "gombak" dan "khusrin". Selain 4 perkataan keramat ini, diperhatikan wujud pula 4 golongan, Yang Kerugian atau Bankrap 90 Marhalah, Yang Rela Ditawan, Perasan Hartawan Yang Ditawan dan Perasan Haiwan.

Apakah kehangatan 4 perkataan serta 4 golongan tersebut akan kekal selamanya di alam maya atas talian? Apakah talian hayat yang mereka ada jika mahu kekal bersamaNYA? Atau wajarkah dihapuskan salah satu, dua atau tiga  di antaranya jika didapati mereka ini hanya membuang masa dan tenaga? Hanya Allah SWT Maha Penentu Segala Sesuatu.

Menjelang 2011 nanti apakah pula kategori yang akan muncul, dan apakah pula perkataan hangat yang bakal dicari? Insya-Allah, semua ini akan terus dipantau, sejak dahulu, kini dan selamanya.

Sebelum itu, rupa-rupanya ada perkataan kelima yang hangat dicari sekitar Google, Facebook dan Youtube sejak hampir 2 minggu lalu, iaitu "jais". Dan satu-satunya "jais" yang saya minati dan selalu klik di Youtube dalam diam adalah Ahmad Jais. Terimalah, Umpan Jinak Di Air Tenang.



Isnin, 27 Disember 2010

Dr Faisal Tehrani: Cari Mereka Sampai Dapat!

Dr Faisal Tehrani: Cari Mereka Sampai Dapat!: "Dalam satu laporan Malaysiakini.com, pihak berkuasa agama sebuah negeri mengatakan mereka tergamam dan 'Tak sangka begitu banyak Syiah.' Klik sini"

Jumaat, 24 Disember 2010

Dr Faisal Tehrani : Syiah: 'Fatwa' Haji Abdul Hadi Awang

Dr Faisal Tehrani : Syiah : 'Fatwa' Haji Abdul Hadi Awang : "Ini satu pandangan alternatif. Untuk siapa yang suka mendengar dan mencerna bahan sebelum melenting menghukum".

Jumaat, 17 Disember 2010

UFO Menurut Al Quran


Di dunia masa kini, ada dua macam kenderaan yang pada umumnya dipakai manusia dalam sejarah hidupnya, iaitu yang memakai tenaga tolak untuk maju contohnya haiwan, kereta, kapal laut atau kapal udara. Yang lainnya memakai gaya sentrifugal (melanting [dari titik tolak]) seperti pesawat UFO yang popular disebut "piring terbang". Kedua macam kenderaan ini disebutkan oleh Al-Quran surah An-Nahl ayat 8 sebagai benda terapung dan ternak. Yang dimaksudkan dengan ternak iaitu kuda, unta, keldai dan lain-lain. Dan benda terapung maksudnya iaitu segala macam kenderaan yang diwujudkan oleh teknologi manusia termasuk di dalamnya "piring terbang".

Khusus mengenai "piring terbang", oleh surah An-Nahl ayat 8 adalah kenderaan yang tidak diketahui manusia dalam waktu ribuan tahun dan oleh surah Az-Zukhruf ayat 12 menyebutkan bahawa Allah SWT menciptakan semua yang berpasang-pasangan. Maksudnya, ada bahagian positif dan bahagian negatif dari "piring terbang" itu (positif dan negatif = pasangan). Kerana surah Az-Zukhruf ayat 12 ini membicarakan tentang alat transpot maka tentunya istilah "berpasang-pasangan" itu adalah kenderaan. Dan kenderaan itu tidak lain mungkin adalah "piring terbang" yang memiliki bahagian positif dan bahagian negatifnya.



Dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal* dan keldai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya

(Surah An-Nahl ayat 8 )

* Baghal adalah kacukan kuda dengan keldai.

Ayat ini menerangkan soal kenderaan yang biasa dan boleh dipakai oleh manusia. Manusia biasa menggunakan kenderaan ternak. Kuda dan keldai merupakan tenaga pembawa dan penarik maka keadaannya sama dengan kereta dan kapal terbang selaku pembawa dan penarik. Penggalan kata "boleh" pada paragraf ini, merupakan sesuatu yang belum diketahui manusia tentang kenderaan.

Baik kuda dan keldai mahupun kereta dan kapal terbang sama-sama menggunakan tenaga tolak ke belakang untuk maju ke depan, pada dasarnya kedua macam kenderaan itu memiliki prinsip yang sama. Lalu kenderaan apa yang belum diketahui manusia seperti yang disebutkan pada surah An-Nahl ayat 8 itu?

Hal ini dijawab sendiri oleh Al-Quran :



Dan yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi



Supaya kamu duduk di atas punggungnya, kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya ; dan agar kamu mengucapkan : "Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya"



Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami

(Surah Az-Zukhruf ayat 12 – 14)

Kalau anda membaca susunan ayat Al-Quran ini sepintas lalu mungkin anda tidak merasa sesuatu yang aneh dan baru. Akan tetapi, patut diketahui bahawa tidak ada satu pun ayat suci Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya yang percuma atau tidak memiliki makna. Kalau anda teliti dan renungkannya dalam-dalam, semua ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran itu selalu memiliki unsur-unsur keterkaitan antara ayatnya, baik kaitan ayat yang ada di dalam surah itu sendiri atau kaitan ayat pada surah-surah Al-Quran yang lain. Sederhananya, keterkaitan satu ayat dengan ayat yang lainnya seperti dunia internet yang sedang anda jelajahi ini. Suatu halaman web yang berisi informasi selalu memiliki kaitan atau link, baik link yang menuju ke laman web itu sendiri ataupun link yang menuju ke laman web yang lainnya.

Nah, semua unsur-unsur yang saling berkaitan itu tidak selalu menghasilkan pemahaman ilmiah yang dapat diterima oleh akal yang sihat. Dengan begitu, memahami susunan ayat-ayat di atas ini maka "benda terapung" ini adalah suatu kenderaan yang belum diketahui oleh manusia. Seperti yang disebutkan pada surah An-Nahl ayat 8.

Susunan ayat-ayat di atas nantilah kita akan analisis nanti.

Sekarang kita masuk kepada persoalan yang nantinya jadi bahan dalam penganalisaan itu.

Al-Quran seringkali menjelaskan persoalan rotasi dan orbit benda-benda angkasa. Hal itu merupakan gambaran bagi setiap orang agar selalu memerhatikan kenapa bumi ini berputar pada orbitnya, kenapa planet ini bersama planet-planet yang lainnya beredar mengelilingi matahari yang juga berputar di orbitnya. Semua planet itu tidak bertiang, tidak bertali dan juga tidak memiliki tempat bergantung. Semuanya bergerak dalam keadaan bebas terapung. Hanya rahsialah yang memutar planet itu di sumbunya sambil berputar-putar mengelilingi matahari. Sungguh rahsia itu adalah wujud penting dari sesuatu yang harus diteliti lebih dalam lagi oleh para ahli astronomi. Dengan mengetahui keadaan rahsia setiap planet, maka tabir misteri alam semesta yang tidak terbatas itu akan terbongkar.

Bumi yang beratnya sekitar 700 trilion tan tidak jatuh pada matahari kerana gaya lantingannya (sentrifugal) dalam keadaan mengorbit, sebaliknya bumi juga tidak terlanting jauh keluar dari garis orbitnya sebab ditahan oleh gaya gravitasi pada matahari sebagai pusat orbit. Kekuatan gaya lanting bumi dan gaya gravitasi adalah sama besarnya, ahli astronomi menyebutnya dengan Equilibrium. Oleh kerana itulah sampai hari ini bumi yang kita diami ini terus-menerus berputar dan beredar mengelilingi matahari.

Andaikan kalau Bumi hanya memakai gaya lantingannya sahaja tanpa menggunakan gaya gravitasi. Maka, boleh dipastikan bumi akan melayang jauh meninggalkan matahari. Dengan begitu, tenaga sentrifugal seperti yang dimiliki bumi dapat diikut oleh "piring terbang" untuk terbang jauh jika tenaga gravitasinya dihilangkan.

Nah, akhirnya kita sampai pada pertanyaan ini, bagaimana cara menghilangkan gaya gravitasi itu?

Salah satu caranya adalah dengan memutar bahagian pesawat secara horizontal. Apabila putaran itu semakin cepat maka semakin besar pula gaya sentrifugal yang dihasilkan dan semakin kecillah gaya gravitasinya, sampai akhirnya gaya gravitasi ini akan hilang sama sekali dan pesawat itu dapat terangkat dengan mudah tanpa terpengaruh oleh gravitasi Bumi.

Mungkin anda akan bertanya, bagaimana boleh pesawat dapat berputar terus menerus tanpa tumpuan? Dari situlah kita namakan pesawat ini dengan Shuttling System, iaitu pesawat berbentuk piring leper yang ditengah-tengahnya adalah tempat penumpang.

Anda boleh semak gambar ilustrasi struktur "piring terbang" di bawah ini :



A. Bahagian Atas, kita namakan Positif, berputar ke kanan, semakin ke pinggir halajunya semakin tebal dan berat.

B. Bahagian Bawah, kita namakan Negatif, berputar ke kiri, semakin ke pinggir halajunya semakin tebal dan berat.

C. Bahagian Tengah, kita namakan Neutral, di sinilah tempat pengendali pesawat serta kelengkapan dan mesin yang memutar Positif dan Negatif sekaligus dalam satu kendalian.



Praktikalnya, pesawat akan terangkat dibantu dengan ledakan sepenuhnya untuk tenaga pembelok dan untuk penambahan kelajuan sewaktu berada di angkasa tanpa masalah.

Bagaimanapun, kemudiannya jika wujud konstruksi pesawat itu, kita serahkan sahaja kepada para profesor dan kita yakin kemudiannya di masa depan akan terwujud sebagai pesawat kebal peluru dan tidak memerlukan landasan tertentu kerana ia dapat berdiri statik di angkasa dan yang lebih hebat lagi adalah bahawa pesawat itu tentunya kalis air yang kalau pada saat diperlukan ia berupaya masuk ke dalam lautan dan keluar lagi mengikut kehendaknya.

Kita boleh mengatakan bahawa kenderaan manusia kini sudah kolot, kuno atau usang kerana sistem yang dipakainya sudah berlaku selama ribuan tahun, yang semuanya itu memakai prinsip menolak ke belakang untuk maju ke depan dan menolak ke bawah untuk naik ke atas. Setelah manusia sanggup memakai gaya sentrifugal berbentuk "piring terbang" barulah manusia akan memulai kenderaan moden.

Jadi, masa terwujudnya "piring terbang" adalah batas antara kekunoan dan kemodenan peradaban manusia. Batas ini disebut oleh Al-Quran dalam surah Az-Zukhruf ayat 13 di atas dengan bahasa kiasan, bahawa profesor yang mulai menggunakan "piring terbang" akan mengatakan (pada waktu itu) ; Waktu itu manusia baru memulai hidup dalam generasi lain iaitu generasi pesawat itu tidaklah segenerasi dengan yang moden.

Dalam peradaban moden di mana manusia umumnya memakai piring terbang sebagai kenderaan, akan banyak sekali perubahan dalam kehidupan baik di bidang jasmaniah mahupun di bidang rohaniah. Di bidang jasmaniah akan berlaku perubahan dalam kehidupan seperti, manusia tidak lagi memerlukan jalanraya dan rel keretapi yang pembangunannya sangat banyak menghabiskan tenaga, tempat, benda dan waktu. Manusia akan memanfaatkan daerah itu untuk tempat tinggal atau untuk keperluan lainnya. Manusia akan memindahkan perhatiannya terhadap lautan sebagai sumber makanan kerana lautan itu memang sangat luas yang mengandungi berbagai bahan untuk keperluan hidup dan daratan sebahagian besar akan dijadikan manusia untuk tempat bermukim. Manusia nantinya akan melakukan penerbangan antara planet secara lazim di mana planet Jupiter, Venus, Saturnus dan planet yang lebih besar lainnya akan menjadi sasaran dalam perekonomian dan politik.

Di bidang rohaniah akan berlaku perubahan dalam kehidupan seperti, manusia akan menyedari bahawa alam semesta ini memang diciptakan untuk keperluan hidup manusia oleh Allah Yang Maha Esa. Manusia akan menyedari bahawa manusia di planet bumi dalam alam suria ini berasal dari satu diri, satu spesis atau serumpun. Bukan dari hasil evolusi monyet, seperti teori Darwin yang dikalahkan lojik akal. Manusia akan menyedari bahawa agama yang diturunkan oleh Allah SWT itu hanyalah agama tauhid yang sama sebagaimana yang tercantum dalam surah Al-Imran ayat 83. Manusia akan menyedari bahawa agama tauhid yang diturunkan Sang Khaliq itu mengandungi hukum yang sesuai dengan kejadian dan naluri yang terdapat di alam semesta raya dan pada diri manusia sendiri dan bahawa menolak agama itu bererti merugikan diri sendiri.



Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?

(Surah Al-Fushshilat ayat 53)



Maka apakah mereka mencari agama yang lain selain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerahkan diri segala apa yang ada di planet-planet dan di bumi ini, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka akan kembali

(Surah Al-Imran ayat 83)

Klik sini (diubah sedikit dari segi tatabahasa mengikut kesesuaian Bahasa Malaysia)

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Muharram 1432H

Selamat datang ya Muharram
Selamat tiba ya 'Asyura
Selamat sampai ya Karbala
Berjumpa di Nainawa

     KuLLu Yaumin 'ASYURA     

     KuLLu Syahrin MUHARRAM     

     KuLLu 'Ardhin KARBALA