Sejak sekitar detik 10.30malam pada tarikh 15 Disember 2010 bersamaan 9 atau 10 Muharram 1432H yang lalu, menurut sumber tidak rasmi, jumlah carian atas talian di Google dan Youtube serta Facebook yang mengandungi dengan perkataan "syiah", "melayu" dan "gombak" telah melambung sangat tinggi.
"Tinggi sangat, gayat mak dibuatnya, nok!" ujar si Jambu kepada Ass-ry. Petikan sekadar hiasan.
Sebelum ini perkataan "syiah", "melayu" dan "gombak" hanya dilihat hangat berlegar di beberapa blog atau forum yang bersifat pro & anti terhadap ketiga-tiga perkataan tersebut.
Sebelum ini perkataan "syiah", "melayu" dan "gombak" hanya dilihat hangat berlegar di beberapa blog atau forum yang bersifat pro & anti terhadap ketiga-tiga perkataan tersebut.
Kepada yang pro, mereka tetap kelihatan tenang, tidaklah teruja atau terkujat apa-apa sangat. Ketiga-tiga perkataan itu hanya simbolisme di atas skrin monitor, bagi mereka di sebaliknya ada sesuatu yang lebih besar wajar diperhalusi. Itulah kunci ketenangan mereka.
Kepada yang anti, mereka ini ibarat kera mendapat bunga. Sangat teruja dan sangat terkujat setiap kali berhadapan dengan tiga perkataan tersebut. Seperti dirasuk oleh Hantu Kak Limah pun ada.
Walaubagaimanapun, entah apa gerangan gegak gempita di alam ini, kini bagaikan seluruh makhluk alam maya di nusantara (mungkin di seluruh dunia & alam akhirat) agak sakan memperzikirkan 3 perkataan tersebut secara diam atau tidak. Pro atau anti bagai tiada makna apa-apa lagi.
Apa yang dizikirkan itu pun terpulanglah kepada kecenderungan masing-masing. Buah hasil zikiran mereka itu mungkin akan tiba tidak lama lagi, insya-Allah.
Hasil pemantauan kami, pencarian ke atas 3 perkataan tersebut iaitu "syiah", "melayu" dan "gombak" juga telah berjaya menggolongkan sejumlah makhluk non-maksumin kepada beberapa kategori.
Selain "syiah", "melayu" dan "Gombak", carian ke atas perkataan Arab yang bermaksud kerugian iaitu "khusrin" juga melambung jauh lebih tinggi. Besar kemungkinan jika kesan lambungannya tidak dikawal, ia akan tersangkut di langit merah yang menitiskan airmata darah. Ya Rabb al-'Alamin, lindungilah kami dari mengalami kerugian yang dahsyat sedemikian rupa.
Kembali kepada kategori makhluk non-maksumin yang dibincangkan tadi.
Ada kategori makhluk yang menggigil tangannya seperti baru terima surat isytihar bankrap dari Bank Dunia apabila terbaca sesuatu yang berkaitan 3 perkataan keramat tersebut. Akibat terlalu menggigil ketakutan akibat rugi, mereka bercakap merapu sakan dan ada juga yang menekan-nekan punat papan kekunci macam orang hilang akal dan tiada maruah. Kita gelarkan mereka ini sebagai Golongan Yang Kerugian atau Bankrap 90 Marhalah.

Ada pula golongan lain yang dilihat seakan mampu dan juga mahu menyerap segenap lapisan hikmah serta sinar tersembunyi di sebalik 3 perkataan tersebut. Mereka ini ibarat rela ditawan oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat di mata kasar atau ghaib. Kita gelarkan golongan yang lain ini sebagai Golongan Yang Rela Ditawan.
Selain kedua golongan tersebut, kununnya ada juga para agamawan politikus dan hartawan kecil kerdil yang juga sebenarnya telah berjaya ditawan jiwa mereka itu tetapi masih sibuk memusyawarahkan apakah mahu diserap lapisan hikmah itu ataupun elok ditimbus dinafi dan dipulaukan jauh ke tengah. Golongan ketiga yang gian mahu menyelaras dan suka memeningkan kepala secara berkumpulan ini kita gelarkan sebagai Golongan Perasan Hartawan Yang Ditawan.

Kategori keempat mungkin yang paling ramai. Golongan ini hidup mereka hanya sibuk memenuhi naluri kemanusiaan biasa yang jika diperhalusi tiadalah bezanya dengan naluri kehaiwanan. Jika lapar, mereka akan makan. Jika haus, mereka akan minum. Jika bosan, mereka akan membosankan orang lain. Jika bodoh, mereka akan memperbodohkan orang lain. Jika bijak, mereka hanya mahu bijak sendirian berhad macam haiwan ujikaji yang tak mampu mengecapi nikmat berkongsi. Maka golongan keempat ini sesuai digelarkan sebagai Golongan Perasan Haiwan.
Kini kita sudah ada 4 perkataan keramat yang giat menjadi carian hangat di atas talian. "Syiah", "melayu", "gombak" dan "khusrin". Selain 4 perkataan keramat ini, diperhatikan wujud pula 4 golongan, Yang Kerugian atau Bankrap 90 Marhalah, Yang Rela Ditawan, Perasan Hartawan Yang Ditawan dan Perasan Haiwan.
Apakah kehangatan 4 perkataan serta 4 golongan tersebut akan kekal selamanya di alam maya atas talian? Apakah talian hayat yang mereka ada jika mahu kekal bersamaNYA? Atau wajarkah dihapuskan salah satu, dua atau tiga di antaranya jika didapati mereka ini hanya membuang masa dan tenaga? Hanya Allah SWT Maha Penentu Segala Sesuatu.
Menjelang 2011 nanti apakah pula kategori yang akan muncul, dan apakah pula perkataan hangat yang bakal dicari? Insya-Allah, semua ini akan terus dipantau, sejak dahulu, kini dan selamanya.
Sebelum itu, rupa-rupanya ada perkataan kelima yang hangat dicari sekitar Google, Facebook dan Youtube sejak hampir 2 minggu lalu, iaitu "jais". Dan satu-satunya "jais" yang saya minati dan selalu klik di Youtube dalam diam adalah Ahmad Jais. Terimalah, Umpan Jinak Di Air Tenang.
Hah...Ahmad JAIS tuuuu.
BalasPadamHehehe ;-)
BalasPadam