Dengan asma' Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji-pujian hanyalah bagi Tuhan Pemilik Sekalian Alam, seterusnya selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAWW dan keluarga Baginda yang suci.
Revolusi Pembudayaan Selawat ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian segenap khalayak peminat seni Islami yang tidak putus-putus menyatakan minat mereka untuk terus mengikuti perkembangan dan menyokong aktiviti kumpulan ini, walaupun tanpa perkhabaran rasmi sejak hampir dua bulan yang lalu.
Setelah hampir dua bulan berlalu tanpa sebarang entri mahupun pengemaskinian, dengan sukacitanya dimaklumkan melalui entri ini bahawa blog rasmi Revolusi Pembudayaan Selawat kini kembali diaktifkan, berkat izinNya.
Doakan sempena kembalinya pengaktifan blog rasmi ini, semoga kumpulan Revolusi Pembudayaan Selawat akan lebih bersemangat untuk terus istiqamah dalam memasjidkan seni dan membudayakan selawat, insya-Allah.
"Memasjidkan Seni, Membudayakan Selawat. - Faisal Tehrani"
Sekian.
Amr Hmzh Abd Khr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan