Selasa, 19 Januari 2010
Ahad, 17 Januari 2010
16-01-2010 RPS di Alor Setar,Kedah!
Isnin, 11 Januari 2010
Lirik lagu 'Keutamaan Selawat'
Jumaat, 8 Januari 2010
Kenangan Terindah selepas slot Malaysia Hari Ini (MHI) 18-12-09
Jumaat, 1 Januari 2010
Rebiu aktiviti-aktiviti RPS di tahun 2009
- Mei 2009 - Mula berjumpa dan bersuaikenal bersama Tuan Haji Faisal Tehrani. Itu adalah proses saringan awal untuk memilih tenaga kerja teater separa muzikal 'Kopitiam Ghadir'.
- Yang terpilih adalah Iswan Md Isa, Iswazi Md Isa, Amir Hamzah, Faizal 'Charles', Hilmi Alham dan A.Xodd 14. Iswan Md Isa dan Iswazi Md Isa yang merupakan gandingan adik-beradik yang berbakat bertindak sebagai komposer lagu dan penulis lirik lagu. Amir Hamzah, Faizal 'Charles', Hilmi Alham dan A.Xodd 14 terpilih sebagai pelakon-pelakon untuk teater tersebut.
- Jun - Ogos 2009 - Giat menjalani latihan teater, nyanyian, rakaman suara untuk lagu-lagu teater.
- 13 - 16 Ogos 2009 - Pementasan teater separa muzikal 'Kopitiam Ghadir' di Wisma ITNM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Mendapat sambutan yang menggalakkan dari kebanyakan peminat seni teater tempatan dan Singapura. Rebiu-rebiu di laman-laman blog juga diberikan dengan begitu meluas sekali.
- Kumpulan Revolusi Pembudayaan Selawat mula ditubuhkan, fokus ke arah nyanyian.
- 29 Ogos 2009 - Muncul di dalam rancangan 'Selamat Pagi Malaysia' di TV1, khas untuk mempromosikan lagu-lagu yang dipetik dari teater separa muzikal 'Kopitiam Ghadir'.
- September 2009 - Amir Hamzah dan A.Xodd 14 (Amir Hamzah feat. A.Xodd 14) mula menjalani rakaman lagu 'Keutamaan Selawat' di Studio In-Team, Damansara, Kuala Lumpur. Tenaga kerja yang terlibat adalah Iswan Md Isa (pencipta lagu dan pemantau vokal), Adam Masumi (susunan muzik) dan Amin (jurutera bunyi / muzik).
- Oktober 2009 - Single album yang berjudul 'Keutamaan Selawat' mula diterbitkan. Edisi terhad dan dipasarkan secara kecil-kecilan (D.I.Y).
- November 2009 - RPS tinggal bertiga sahaja.
- 10 November 2009 - Mementaskan teater separa muzikal 'Kopitiam Ghadir' buat kali kedua dalam sebuah majlis tertutup bersempena pelancaran single album 'Keutamaan Selawat'.
- 20 November 2009 - Menjayakan persembahan nyanyian di ASWARA dalam Majlis Penghargaan ASWARA kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Anwar Ridhwan sempena penganugerahan beliau sebagai Sasterawan Negara yang ke-10.
- 18 Disember 2009 - Muncul di dalam rancangan 'Malaysia Hari Ini' bagi mempromosikan single album 'Keutamaan Selawat' (nyanyian dan temuramah singkat).
- 24 Disember 2009 - Mula melancarkan laman web Myspace Music untuk RPS (www.myspace.com/revpemsel)
- 31 Disember 2009 - Menjayakan persembahan nyanyian di Rumah PENA dalam Malam Genta Puisi 2009 sempena menyambut tahun baru 2010.
Bagaimana dengan agenda di tahun 2010? Tungguuuu!
RPS di Malam Genta Puisi '09 anjuran PENA-ASWARA sempena malam menyambut tahun baru 2010
Sempena menyambut tahun baru Masihi 2010, PENA - ASWARA telah menganjurkan Malam Genta Puisi '09. Majlis seperti ini biasanya membariskan kebanyakan aktivis-aktivis seni, sastera dan budaya. Kumpulan kami iaitu Revolusi Pembudayaan Selawat telah dijemput untuk menyampaikan 2 buah lagu yang berjudul 'Keutamaan Ahlul Bait' dan 'Keutamaan Selawat'.
Antara dif-dif kehormat yang dijemput adalah seperti Sasterawan Negara ke-10, Dato' Dr. Anwar Ridhwan dan Tan Sri A. Samad Said. Nama-nama popular dan tidak asing seperti personaliti TV3 iaitu Saudara Fedtri Yahya dan En. Sani Sudin dari kumpulan Kopratasa juga turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan sajak dan lagu-lagu puisi. Selain itu, satu pementasan teater secara mini juga turut diselitkan.
Acara seperti ini dilihat sebagai satu hiburan alternatif bagi mereka yang inginkan sesuatu lain daripada yang lain. Adalah menjadi norma pada setiap malam tahun baru, muda-mudi akan memenuhi ruang di Menara Berkembar Petronas dan Dataran Merdeka untuk menonton konsert hiburan secara percuma.
Slot untuk kami bermula pada jam 9.45 malam. Sebelum memulai persembahan, Saudara Amir Hamzah menyampaikan sajak yang dikarangnya sendiri secara spontan sejurus sebelum menaiki pentas. Ianya berbunyi begini :
Betapa indahnya Rumah Kesedihan Baitul Ahzan
Ada bara api yang marak menyalakan cinta
Ibarat lilin yang membakar diri
Ibarat darah yang terpercik di bumi penghulu syuhada
Api hadir dalam serangkap kalimah
Dengan hormatnya bergelar 'Solawat'
Dalam solawat ada api, dalam solawat ada cinta
Ada revolusi, ada rindu, ada dendam
Ada suka, ada duka
Dalam solawat ada Muhammad dan ahlul baitnya!
Majlis berakhir pada jam 12.15 pagi (01/01/2010) dengan acara memotong pulut kuning oleh tetamu kehormat iaitu Sasterawan Negara ke-10, Dato' Dr. Anwar Ridhwan. Sekian.