Isnin, 11 Januari 2010

Lirik lagu 'Keutamaan Selawat'

Tidakkah Kitab Sucimu khabarkan
Selawat Nabi adalah tuntutan
Selawat...

Allah Rabbuna yang memuliakan
Ucap Selawat kepada Junjungan
Itulah
Penghormatan kasih Ar Rahman

Berselawat atas Muhammad
Disusuli Keluarga Muhammad

Ibarat api nan tak kunjung padam
Begitulah rahmat Pencipta Alam
Melimpah...

Hadir Selawat adalah cahaya
Kesenangan jiwa lapangkan dada
Meraih
Kerinduan suara pencinta

Berselawat atas Muhammad
Disusuli Keluarga Muhammad

Raikan dengan Selawat
Tanda saksi menurut jejak
Terbukti memihak
Mawadata fil Qurba

Berselawat duhai jiwa
Sebagai tali yang menghubung
Kasih Pencipta

Berselawat duhai jiwa
Irama hiburan pantas
Mengusir dukalara

Selawatlah duhai kawan
Ini dia jalan kemenangan
Selawatlah duhai kawan...

Jadi rakan-rakan, sudahkah anda memiliki album single pertama kami? Cepat & cepat! Sementara stok kami masih ada lagi!

Lawati laman Myspace Music kami di untuk mendengar prebiu lagu kami 'Keutamaan Selawat' di sana!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan