1. Sesi latihan bagi para aktor Parti Abang Burger karya/arahan Faisal Tehrani dirancang untuk bermula sekitar minggu hadapan. Minggu bila itu belum pasti, yang pastinya minggu-minggu yang akan datang.
2. Pementasan yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini akan menampilkan barisan (bukan bulatan atau pakatan) pelakon baharu. Farid Kamil dan juga Kaza dijangka tiada dalam senarai.
3. Lokasi pementasan masih menjadi misteri dan masih terbuka untuk tempahan kepada mana-mana pihak yang sudi. Sudah berpuluh mesyuarat misteri diadakan namun masih gagal menemui lokasi yang tepat.
4. Resepi burger yang bakal dihidangkan juga masih belum didedahkan kepada kami, yang pasti bukan resepi McDonald's, Burger King atau Otai Burger.
5. Beberapa penampilan khas yang masih misteri sedang dirancang sebagai salah satu strategi memancing undi daripada lebih ramai penonton dari pelbagai lapisan masyarakat. Salah satunya mungkin pertunjukan silap mata atau menarik teh pudina paling tinggi.
6. Parti yang dimaksudkan bukanlah parti Tupperware atau mana-mana parti kekuasaan yang sewaktu dengannya. Kami mewakili parti yang sering dipersalahkan.
7. Bukan sahaja lokasi pementasan masih menjadi rahsia, malah lokasi latihan untuk para aktor juga masih belum diketahui.
8. Parti Abang Burger bukanlah sekuel kepada Kopitiam Ghadir sebaliknya adalah prekuel kepada sebuah filem ekstravaganza, mungkin elok dibiarkan misteri ini menghantui buat beberapa ketika sebelum didedahkan kepada umum.
9. Masih tiada aktres yang bakal ditampilkan. (Ini pun misteri ke?)
10. Bukan muzikal.
Apa-apa pun, segalanya masih lagi mungkin. Sekian sahaja misteri kita pada kali ini.
Adakah Parti Abang Burger akan bertanding dalam PRU akan datang?
BalasPadamhmm alahai...semuanya rahsia. tapi kalau satu klu tercarikan, semua yang rahsia akan terbongkarkan. hati-hati...
BalasPadamaida
Tanpa Nama 2010 Mei 15 07:37,
BalasPadamHal bertanding-tanding ni mungkin hanya sesuai untuk ayam atau ikan laga peliharaan Pak Kaduk. Parti Abang Burger lebih selesa untuk tidak naik junjung sebelum masanya.
Tanpa Nama@aida
Jika ada tercarikan apa-apa klu, seeloknya biarlah klu itu dibongkar oleh sang penyimpan rahsia. Terima kasih atas perhatiannya.
Yang benar,
Revolusi Pembudayaan Selawat