Jumaat, 30 Julai 2010

Wong Fei Hung




Dicatat oleh :
DRS. KHALIL IDHAM LIM (AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG, PERAK)

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan kungfu dalam filem "Once Upon A Time In China". Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang ulama', ahli perubatan dan ahli beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay Ying adalah seorang ulama' dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang Cina muslim di negara kita seketika dahulu, i.e : Kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay Ying merupakan seorang ulama' yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan (Harimau) Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai muslim membuatkan keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei Kwun, abang seperguruan Luk Ah Choi. Hung Hei Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734. Hung Hei Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Russia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in. Setelah berguru kepada Luk Ah Choi, Wong Fei Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya kerana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras. Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton.

Wong Fei Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya. Pada 1924 Wong Fei Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah SWT dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sebegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sedia ada di China).

Klik sini

Khamis, 29 Julai 2010

Terjemahan al-Quran: Surah al-Isra', ayat no. 84


84
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً

Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.


Semusim di K.G.'10 - Amr Hmzh Abd Khr aka Bakaq

1. Kopitiam Ghadir telah selamat dipentaskan pada 1 hingga 4 Julai 2010 yang baharu lalu, lebih menyenangkan lagi apabila pementasan kali ini berlaku dalam bulan Rejab 1431H yang penuh keberkatan.

2. Tiada estetika ranggi penuh letupan glamour yang dijanjikan oleh pihak produksi, selain hanya cuba melimpahkan selingkar naskah skrip bersulam ilmu bertunjang kebenaran dan serangkai enam lagu berteras cinta sejati serta beritma nusantara (pastinya bukan nasyid biasa).

3. Objektif produksi yang agak minimal tetapi masih berbekas kesannya di hati khalayak penonton dan juga warga produksi sendiri sejak awal sehingga kini.

4. Selain berkhidmat sebagai pengurus produksi tanpa tauliah secara rasmi, saya juga terlibat dalam produksi Kopitiam Ghadir selaku pemeran watak Bakaq.

Kajian terhadap watak Bakaq sebagai salah seorang penghuni kota kecil, terpencil yang melepak di kopitiam sambil bersenam di gimnasium mini, secara terperincinya bakal memerlukan halaman yang panjang. Itu kita ceritakan di entri yang lain pula.

5. Sepanjang empat hari pementasan berlangsung, ramai antara kami warga produksi lebih memilih hari terakhir sebagai hari yang terbaik persembahannya.


Anda bagaimana?

Isnin, 12 Julai 2010


Former heavyweight boxing champ tweets that he's performed Umrah.

By Bindu Suresh Rai
Published Wednesday, July 07, 2010

Former heavyweight boxing champion Mike Tyson was in Mecca yesterday, confirming on social media website Twitter that he was visiting Saudi Arabia to perform the holy pilgrimage, Umrah.

Tyson tweeted about his visit, saying: “I just left the Holy City of Mecca where I was blessed to have been able to make Umrah.”

He added: “Inshallah (God willing), Allah will continue to bless me to stay on the straight path.”

According to Saudi newspaper, Arab News, the sportsman arrived in Medina on Friday where he performed prayers at the Prophet’s Mosque. The Canadian Dawa Association arranged Tyson’s trip as part of visits it organises for Muslim celebrities to visit Islamic sites in the Kingdom.

The boxing legend is scheduled to tour Saudi until this weekend and is expected to visit Jeddah, Riyadh and Abha.

Tyson adopted the Muslim name Malik Abdul Aziz, after his conversion to the Nation of Islam while he was serving out his three-year sentence in prison for his 1992 rape conviction. The boxer was charged for raping former Rhode Island beauty queen, Desiree Washington.

Many at the time speculated Tyson’s conversion to Islam way of paying ode to his hero, boxing champion Cassius Marcellus Clay Jr, who became Muhammed Ali when he embraced the religion 20 years earlier.

Tyson declared bankruptcy in 2003, despite receiving over $30 million for several of his fights and $300 million during his career.

Klik di sini

Kehidupan sebenar 'singa' dunia Islam





Kehidupan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad merupakan contoh terbaik dalam aspek kesederhanaan.

Semasa Mahmoud ditanya oleh media Barat, apakah yang dikatakan kepada dirinya sendiri setiap kali beliau melihat cermin pada waktu pagi, Mahmoud menjawab:

"Saya melihat lelaki di dalam cermin itu dan berkata: Ingat! Kamu tidak lebih sekadar pesuruh kecil, dan hari ini kamu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar iaitu untuk berkhidmat kepada negara Iran," katanya.

Mahmoud, sejak awal pelantikannya sebagai Presiden Iran, mengejutkan banyak pihak dengan tindakannya yang berlawanan dengan kebanyakan pemimpin tertinggi dunia yang lain.

Lelaki bertubuh kecil itu memulakan perkhidmatannya sebagai Presiden dengan mendermakan semua permaidani mewah Iran yang berada di pejabatnya kepada masjid-masjid di Teheran.

Beliau kemudian menggantikan permaidani tersebut dengan permaidani biasa yang berharga jauh lebih murah.

Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan, Mahmoud menyedari kewujudan sebuah bilik mewah yang digunakan untuk mengalu-alukan kedatangan VIP di bangunan pejabatnya.

Beliau kemudian mengarahkan bilik itu ditutup dan digantikan dengan sebuah bilik biasa yang hanya dilengkapi beberapa buah kerusi kayu.

Mahmoud juga dikenali sebagai Presiden yang prihatin dengan masalah kebersihan, terutama di bandar Teheran apabila beliau beberapa kali menyertai pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan berdekatan kediamannya dan pejabat Presiden.

Mahmoud pernah berkata, beliau bangga menyapu jalan-jalan di Teheran.

Di bawah pemerintahannya, Mahmoud menuntut semua menteri menandatangani dokumen perjanjian berkaitan harta dan kekayaan, di mana menteri dituntut supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memperoleh kekayaan.

Beliau juga membenarkan menteri memasuki pejabatnya tanpa perlu meminta kebenaran.

Mahmoud, yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956, memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan lalu lintas dan pengangkutan di Universiti Sains dan Teknologi Iran, di mana beliau bertugas sebagai pensyarah sebelum dilantik menjadi Presiden pada 6 Ogos 2005.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Teheran bermula pada 2003 hingga 2005.

Semasa dilantik menjadi Datuk Bandar, perkara pertama yang dilakukan Mahmoud adalah mengumumkan 'harta terbesar' yang dimilikinya, iaitu sebuah kereta Peugeot 504 yang dikeluarkan pada 1977 dan sebuah rumah kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun lalu.

Presiden keenam republik Islam itu juga pada mulanya berkeras mahu terus tinggal di rumahnya selepas dilantik sebagai Presiden tetapi beliau dipaksa oleh pasukan keselamatannya supaya berpindah masuk ke kediaman Presiden atas sebab keselamatan.

Mahmoud juga enggan menerima gajinya sebagai Presiden kerana menganggap semua kekayaan itu adalah milik negara dan dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga kekayaan Iran.

Selain itu, salah satu sikap Mahmoud yang mengagumkan pekerja di pejabat Presiden adalah tabiat beliau yang membawa sebuah beg berisi sarapan pagi yang disediakan oleh isterinya, setiap hari.

Mahmoud turut menghentikan penghantaran makanan khas yang disediakan untuk Presiden sebelum ini.

Lebih menarik lagi, beliau mengubah kapal terbang rasmi Presiden kepada kapal kargo untuk membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengarahkan supaya beliau diterbangkan menggunakan penerbangan biasa dan ditempatkan di kelas ekonomi.

Beliau juga menghentikan sambutan khas yang diberikan kepada Presiden seperti permaidani merah semasa lawatannya di dalam negara.

Apabila beliau dikehendaki menginap di hotel, Mahmoud akan memastikan pihak hotel tidak memberikannya bilik yang mempunyai katil besar dan menegaskan beliau tidak suka tidur di atas katil, sebaliknya lebih suka tidur di atas tilam nipis.

Perjalanan semasa kempen beliau untuk menjadi Presiden juga dikagumi apabila Mahmoud memenangi pilihan raya umum Iran tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan atau menerima sebarang sumbangan, sebaliknya hanya bergantung kepada penyokongnya yang menggunakan jaringan masjid untuk meraih sokongan.

Walaupun kelantangan Mahmoud membuatkannya tidak disukai oleh negara Barat, namun sifat sederhananya dikagumi media Barat yang tidak putus-putus menulis mengenai keperibadian Mahmoud.

Begitulah kehidupan Presiden salah sebuah negara paling berkuasa di dunia.

Klik di
sini

Selasa, 6 Julai 2010

Tamatlah sudah opera Kopitiam Ghadir 2010

"Karya yang sulit tetapi bernas (bukan syarikat beras nasional)"
- Dato' A. Samad Said

- Rebecca Ilham

"walaupun tidak berbajet tinggi, tiada kusyen empuk ala Panggung Sari dan tiada pentas bergerak, ianya penuh dengan ilmu dan seperti kata-kata Faisal Tehrani, “Kopitiam Ghadir kami hadirkan sekali lagi buat mereka yang tidak memusuhi ilmu."



Terima kasih kepada semua hadirin & hadirat yang sudi mampir ke kopitiam kecil kami yang terpencil dan tak ramai penghuninya itu tempohari.

Setiap respon baik atau sebaliknya akan kami perhalusi dan perbaiki di masa hadapan.

Insya-Allah, kita coffee-talk lagi di masa dan acara yang lain pula.

Jangan lupa berselawat penuh.

Allahumma solli 'ala Muhammad,
wa ali Muhammad.