Khamis, 29 Julai 2010

Semusim di K.G.'10 - Amr Hmzh Abd Khr aka Bakaq

1. Kopitiam Ghadir telah selamat dipentaskan pada 1 hingga 4 Julai 2010 yang baharu lalu, lebih menyenangkan lagi apabila pementasan kali ini berlaku dalam bulan Rejab 1431H yang penuh keberkatan.

2. Tiada estetika ranggi penuh letupan glamour yang dijanjikan oleh pihak produksi, selain hanya cuba melimpahkan selingkar naskah skrip bersulam ilmu bertunjang kebenaran dan serangkai enam lagu berteras cinta sejati serta beritma nusantara (pastinya bukan nasyid biasa).

3. Objektif produksi yang agak minimal tetapi masih berbekas kesannya di hati khalayak penonton dan juga warga produksi sendiri sejak awal sehingga kini.

4. Selain berkhidmat sebagai pengurus produksi tanpa tauliah secara rasmi, saya juga terlibat dalam produksi Kopitiam Ghadir selaku pemeran watak Bakaq.

Kajian terhadap watak Bakaq sebagai salah seorang penghuni kota kecil, terpencil yang melepak di kopitiam sambil bersenam di gimnasium mini, secara terperincinya bakal memerlukan halaman yang panjang. Itu kita ceritakan di entri yang lain pula.

5. Sepanjang empat hari pementasan berlangsung, ramai antara kami warga produksi lebih memilih hari terakhir sebagai hari yang terbaik persembahannya.


Anda bagaimana?

2 ulasan:

  1. Semua pelakon Kopitiam Ghadir mempunyai suara yg bagus ye..
    p/s : Saya suka watak Bakaq. Actually semua org ada kelebihan masing2. Ditambah dgn jalan cerita yg bgus plus diselitkan dgn lawak2 spontan. =)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, terima kasih Hayad298! Teruskan sokongan anda kepada kami. InsyaAllah, kami akan tampil dengan penghasilan karya yang lebih bermutu & berkualiti di masa yang akan datang =)

    BalasPadam