Isnin, 3 Ogos 2009

RPS muncul di IKIM.fm

Kumpulan Revolusi Pembudayaan Selawat (RPS bukan RPK, ya!) telah berpeluang untuk muncul sebagai tetamu undangan semasa segmen Sampaikan (10-12 malam) di IKIM.fm pada Sabtu (1 Ogos 2009) yang lalu.

Semasa segmen Sampaikan tersebut berlangsung, RPS juga sempat berkongsi kisah sekitar asas penubuhan kumpulan dan juga menyanyikan secara langsung dua daripada enam buah lagu yang turut dimuatkan dalam teater Kopitiam Ghadir karya Faisal Tehrani yang bakal dipentaskan pada 13-16 Ogos 2009 ini di Wisma ITNM, Wangsa Maju. (walaupun lokasi bertukar, biarlah di tepi jalan sekalipun, pementasan akan tetap dilaksanakan, insha-Allah!)

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penerbit Nik Hasnah Ismail dan juga juruhebah Kak Ani yang sudi menjemput dan melayan kerenah anggota-anggota RPS di konti pada malam itu.

Terasa seperti tak cukup masa pula untuk RPS menghebahkan seberapa banyak info tentang kumpulan yang serba serbi baru di arena muzik berunsur didaktisme ini.

Insha-Allah, apabila berpeluang untuk mengedarkan album nanti, RPS mungkin akan dapat bersiaran lagi di IKIM.fm.

Terima kasih kepada yang mendengar, terima kasih kepada yang menelefon, terima kasih kepada yang berminat, terima kasih juga kepada IKIM.fm, kalian semuanya memang cool.

2 ulasan:

  1. salam,

    Vokal belum mantop lagi.. selamat berlatih.

    -pendengar ikim.fm

    BalasPadam
  2. InsyaAllah kami akan sentiasa melipatgandakan lagi usaha untuk memantOpkan lagi vokal. Terima kasih untuk teguran itu. Salam & solawat!

    BalasPadam