Ahad, 16 Ogos 2009

Kredit/Penghargaan Pasca Pementasan Sulung Kopitiam Ghadir di ITNM, diulangi, Kopitiam Ghadir di ITNM.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan selawat serta salam kemuliaan ke atas Muhammad SAWW dan keluarga Muhammad SAWW, Kumpulan Revolusi Pembudayaan Selawat (lebih selesa ditaip sebagai RPS) ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam produksi (pre & pasca) pementasan sulung teater separa muzikal berjudul Kopitiam Ghadir karya Faisal Tehrani yang telah berakhir dengan kemeriahan luar biasa pada malam tadi.

Kepada pihak Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), terutama Pengarah Urusannya Y.Bhg. Encik Mohd. Khair Ngadiron, dan juga kepada pengurusan bangunan Wisma ITNM di Seksyen 10, Wangsa Maju, RPS merakamkan "setinggi penghargaan yang tidak mampu terucap oleh kata-kata biasa" atas kesudian mengizinkan produksi Kopitiam Ghadir berpindah dalam waktu sesingkat itu setelah kami dihambat dengan alasan tidak bermaruah oleh pihak lokasi asal.

"DBP tak pandang pun tak apa, kami bahagia di ITNM." - petikan improvisasi dialog Wak Seman di malam terakhir pementasan. P/S: Jika kurang faham, boleh rujuk di blog-blog berkaitan. Cerita panjang pun membuang huruf yang perlu ditaip sahaja.

Juga penghargaan tidak ternilai kepada IKIM.fm (frekuensi 91.5fm di Lembah Klang), terutamanya Juruhebah Kak Ani dan Penerbit Nik Hasnah Ismail yang menyediakan ruang keemasan kepada RPS untuk muncul ditemubual secara eksklusif sambil menghebahkan info/promo tentang aktiviti kami di peringkat lebih awal dahulu. Nasihat yang diberi akan kami manfaatkan sebaik mungkin.

Kepada guru yang kami segani merangkap "kekanda sulung" kepada RPS di lapangan baru dalam gerakan "memasjidkan seni, membudayakan selawat", iaitu kekanda Faisal Tehrani al-Haj, RPS ingin rakamkan jutaan terima kasih atas peluang dan tunjuk ajar paling berharga yang disuapkan oleh kekanda dengan penuh kemesraan dan kesabaran sepanjang proses sulung produksi (pra, semasa dan pasca) Kopitiam Ghadir. Berkat izinNya, semoga kekanda Faisal Tehrani al-Haj akan terus sudi untuk mencurahkan ilmu kepada RPS di masa akan datang.

Tahniah dan kredit penting juga buat dua anggota RPS teristimewa, adik beradik Iswan dan Iswazi (keduanya masih bujang teruna!), kerana karya-karya muzika kalian belum pernah terjangkau dek akal sesiapa untuk melakukannya. Syabas! Semoga dapat diteruskan dan diperluaskan usahasama dengan RPS demi mencapai manfaat dan meraih syafaat Junjungan Besar kita, berkat izinNya.

Buat pasukan pengurusan produksi Kopitiam Ghadir, terutama Sdr. Luqman Hisyam, Sdr. Iwan dan lain-lain (Ramai juga jika mahu dimuatkan di sini semuanya. ;-)... ), berbanyak-banyak terima kasih juga atas kesabaran melayan kerenah pemakanan dan kesukanan kami @ RPS sepanjang proses pre-produksi Kopitiam Ghadir sehingga ke pasca malam terakhir pementasan.

Buat barisan aktor-aktor A.Xodd14, Alham Hilmi, Charles Faizal dan Amr Hmzh Abd Khr yang masih mentah bakat lakonannya di bawah payung RPS ini (ada juga yang menggelar kami anak-anak ikan, ada ke patut? ;-)...), berkat izinNya diharapkan semoga kita akan terus istiqamah mengharungi pelbagai bentuk cabaran dalam usaha untuk merevolusikan diri, pemikiran, hati, minda, jiwa serta akal, seterusnya keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara melalui pembudayaan selawat yang memuliakan Muhammad SAWW dan keluarga Muhammad SAWW serta sahabat-sahabat baginda yang terpilih.

Kepada para penyumbang dana, semoga Allah SWT akan membalas jasa baik dan hati budi kalian yang sungguh membahagiakan dan semoga urusan kalian pula akan lebih dipermudahkan di dunia dan akhirat, berkat izinNya.

Kepada yang berkesempatan untuk hadir menonton, terima kasih kerana kehadiran kalian yang sememangnya di luar jangkaan telah lebih memeriahkan lagi pementasan Kopitiam Ghadir di ITNM, diulangi dengan penuh kesyukuran, Kopitiam Ghadir di ITNM. Di samping berhibur, semoga wacana-hiburan yang dihidangkan akan bermanfaat bukan sahaja buat anda, malah buat kami @ Revolusi Pembudayaan Selawat sendiri.

Kepada mereka yang masih berminat tetapi tidak berkesempatan untuk hadir menonton kerana pelbagai faktor (perubahan saat akhir, lokasi jauh, masa dsbnya.), doa dan harapan kalian membuatkan kami akan terus berusaha untuk menghadirkan Kopitiam Ghadir di lokasi-lokasi berhampiran kalian. Doakan, selawatkan dan diharap dapat sama-sama usahakan juga, berkat izinNya. ;-)

Kepada yang sengaja tidak hadir menonton, kami @ RPS akan sentiasa yakin dan positif untuk memastikan anda bakal hadir juga menonton di salah satu pementasan Kopitiam Ghadir pada masa akan datang.

Selawat!

P/S: Foto2 dan klip2 sekitar pementasan akan menyusul kemudian.

5 ulasan:

  1. Salam perjuangan kebenaran buat kalian...

    Sekalung tahniah buat kalian kerana berjaya memperjuangan teater ini sehingga tamat...

    Lagu-lagu kalian sedap dan membawa seribu makna.. Ada yang saya sudah pun hafal.. :D

    Jika kalian sudah terbitkan album nnti, jgn lupa sebarkan.. Saya pasti pembeli pertama... Tahniah sekali lagi... Moga kalian terus berjaya mencorak langkah 'memasjidkan seni' :D

    ~~ nnti sambung k.ghadir 2 ye.... :D

    BalasPadam
  2. Salam,
    Alf Mabrouk!
    Tahniah semuanya :)
    Ada yang kata kalian tak menjiwai watak tapi saya bangkangbantahsanggah kerana saya terkesan sehingga hari ini :)
    Teruskan perjuangan :) Mudah-mudahan, CD mendapat sambutan terbaik nanti setelah diterbitkan.
    Dan mudah-mudahan, diberi kemudahan untuk merealisasikan skrip "memasjidkan seni" yang lain pula, insyaAllah :)

    Wallahu'alam...
    Wassalam.
    S.K@Singapura

    BalasPadam
  3. ->Maimi Mat Khairi
    Salam perjuangan dan salam kebenaran buat anda juga,

    Terima kasih atas ucapan dan harapan yang baik-baik buat kami@RpS.

    Wah, sempat dihafal juga lagu-lagu kami? Nanti boleh berkaraoke sekali dengan kami di pementasan kedua Kopitiam Ghadir, insya-Allah Disember ini.

    Doakan juga semoga kami dapat meraih dana secukupnya untuk merakam album secepat mungkin.



    ->S.K@Singapura
    Salam, syukran ilallah...
    Terima kasih atas sokongan yang sungguh menyemarakkan semangat kami@RpS.

    Doakan semoga pementasan kedua Kopitiam Ghadir akan lebih hebat berbanding sebelumnya, insya-Allah.

    Kami semua masih baru di arena teater ini kecuali sifu kami, Faisal Tehrani. Kami akui serta insafi segala kekurangan yang ada dan akan usaha buat lebih baik di masa akan datang, berkat doa dan harapan yang baik dari khalayak semuanya, kami yakin dapat lakukan.

    Wassalam...

    -Revolusi Pembudayaan Selawat-

    P/s: Jangan Lupa Berselawat!!!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum RPS...

    Lagu yang menarik dan membawa erti pasti senang diikuti dan menjadi buah mulut.. :-)

    Owh... pasti segan nk karaoke dengan kalian.. terus tutup persembahan kalian nnti.. hihihi..

    Apapun, doa dari peminat-pmnat RPS... terus berjuang atas landas kebenaran!!!

    BalasPadam
  5. Sungguh bijak Saudari Maimi ini berlawak :-) Apa-apa pun terima kasih sekali lagi! Salam!

    BalasPadam