Buat masa ini, Revolusi Pembudayaan Selawat dianggotai oleh pemuda-pemuda yang memiliki latar personaliti berbeza. Namun, mereka perbezaan itu bukanlah halangan untuk mereka disatukan dalam sebuah gerakan demi usaha memasjidkan seni dan membudayakan selawat di bawah tunjuk ajar dan bimbingan Faisal Tehrani al-Haj ilham (seorang cerpenis, novelis, kolumnis, aktivis seni/budaya dan blogger terkenal yang juga penerima Anugerah Seni Negara 2006)..
Salah seorang dari mereka pernah bergiat separa-aktif di bidang muzik bukan arus perdana. Kini beliau cuma menumpukan komitmen seni kegemarannya bersama gerakan Revolusi Pembudayaan Selawat sahaja.
Seorang anggotanya yang lain masih lagi aktif di dalam industri muzik tanahair bersama pelbagai kugiran dan kini sedang menanti kelahiran usaha solo beliau yang pertama.
Anggota paling muda pula cuma menanti masa untuk tambah memeriahkan suasana industri muzik tempatan apabila tamat pengajian nanti melalui idea komposisi beliau yang unik dan tersendiri, insya-Allah.
Ada juga yang telah lama meninggalkan arena seni suara tetapi masih bersedia untuk menguji keupayaan vokal mereka demi untuk menggerakkan gagasan "Memasjidkan Seni".
Penulis lirik utama Revolusi Pembudayaan Selawat yang lebih selesa untuk memainkan peranan beliau di belakang tabir pula sebenarnya adalah seorang usahawan tani yang produktif.
Selain daripada lima pemuda tersebut, kelancaran pengurusan aktiviti seni Revolusi Pembudayaan Selawat turut dibantu oleh beberapa tenaga kerja melalui keanggotaan mereka di belakang tabir.
Pintu keanggotaan bagi menyertai kumpulan Revolusi Pembudayaan Selawat sebenarnya sentiasa terbuka kepada mana-mana individu berbakat yang berminat untuk turut sama-sama memasjidkan seni & membudayakan selawat.
Bagi mempamerkan sokongan anda kepada Revolusi Pembudayaan Selawat agar dapat bergerak lebih proaktif di masa hadapan, ayuh pastikan kehadiran seramai mungkin di pementasan sulung teater separa muzikal berjudul Kopitiam Ghadir karya Faisal Tehrani yang bakal berlangsung di Wisma ITNM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur mulai hari ini 13 hingga 16 Ogos 2009.
Salam.
BalasPadamSaya teruja dengan persembahan anda semua semalam. bersemangat. satu yang penting dalam persembahan ialah keikhlasan. maka ikhlaskan diri ketika di pentas; kerana ikhlas atau tidak akan terlihat dalam persembahan itu.
apa pun. tahniah dan teruskan berselawat!
wassalam.
-> ummu firdaus
BalasPadamSalam.
Terima kasih kerana sudi hadir menonton dan memberikan pandangan anda, harap anda dapat hadir lagi di pementasan kedua Kopitiam Ghadir, Disember ini, insya-Allah. Doakan persembahan RpS yang seterusnya akan lebih hebat dan lebih ikhlas lagi ya. ;-)
Wassalam.
-Revolusi Pembudayaan Selawat-
P/s: Jangan Lupa Berselawat!!!